KAMI TAK AKAN LUPA JASA ANDA
Kami di Maahad Tahfiz Al-Quran Miftahul Khoir Semubal tidak akan lupa jasa anda bersama-sama kami untuk pendidikan pelajar tahfiz dan pembangunan . Semoga pahala ini berkekalan selama mana surau yang dibina di gunakan dan ilmu yang terus mengalir
MENABUNG UNTUK SAHAM AKHIRAT
“Apabila mati seorang manusia, terputuslah daripadanya amalannya kecuali tiga perkara: Sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan dengannya atau anak yang soleh yang mendoakan baginya.”
Riwayat Muslim (1631), al-Nasa’i (3651), al-Tirmizi (1376) dan Abu Daud (2880)
Sumbangan anda dapat membantu
Pembinaan Masjid
Pembinaan masjid untuk kegunaan pelajar dan pengurusan untuk aktiviti pembelajaran serta ibadah
Penempatan Pelajar
Pembinaan penempatan untuk para pelajar dan boleh menampung lebih ramai pelajar
Pendidikan
Menambah baik untuk sistem dan keperluan pembelajaran para pelajar
Sasaran kami adalah untuk menjadi insititusi pendidkan berteraskan Al-Quran & Hadis yang ingin melahirkan lebih ramai lagi modal insan yang hafiz & alim lagi cemerlang dan berdisplin dalam mengamal agama untuk diri dan umah
Latar Belakang
Maahad Tahfiz Al-Quran Miftahul Khoir telah di tubuhkan pada tahun 1 September 2019 dan kini telah mempunyai 20 orang pelajar dengan 3 orang tenaga pengajar. Kami mensasarkan lebih ramai lagi pelajar dan tenaga pengajar seiring dengan pembangunan dan penambah baik lagi keperluan madrasah.
Maahad Tahfiz kami membantu pelajar pelajar dari anak yatim, asnaf dan lain-lain